Latar belakang: K-BESTARI

Sejarah Penubuhan

Komuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan. Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Logo

Konsep Logo :
Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang, berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.

Keterangan Logo

Huruf ’B” bermaksud BESTARI atau BIJAKSANA. Bintang 14 melambangkan Komuniti BESTARI merangkum keseluruhan negeri.

Jalur-jalur merah di belakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat.

Huruf ’B’ juga menghasilkan ’mata pena’ menggambarkan komuniti yang BIJAKSANA dan berpengetahuan ICT.

Huruf ’B’ juga membentuk huruf ’V’ yang membawa maksud ’cinta’ kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

Keterangan Warna

Logo komuniti BESTARI ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Putih.

BIRU - Kerjasama antara komuniti
KUNING - Keikhlasan
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
PUTIH - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

Konsep Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.

BESTARI membawa maksud :

B - BERMAKLUMAT
E - ERAT
S - SILATURAHIM
T - TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET

Misi, Visi dan Slogan

Visi

Komuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

Misi

Membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Slogan

”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA"

Objektif

Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.

Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Dasar Pertubuhan

Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep ”Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI”. Walaubagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :

a. Satu Kadun dua Komuniti BESTARI ( Sabah dan Sarawak) b. Satu Parlimen tiga Komuniti BESTARI ( WP Kuala Lumpur) c. Komuniti BESTARI mengikut zon (WP Labuan)

Wednesday, December 10, 2008

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2008






Pengerusi Komuniti Bestari Pelawan hadir ke Majlis Sambutan Rombongan KMJG 2008 di SK Bandaran No. 3, Sibu.













Lafaz Ikrar Rukun Negera.











Rombongan KMJG 2008 tiba di Sk Bandaran No. 3, Sibu.











Upacara Penyerahan Jalur Gemilang dari Ketua Konvoi kepada YB Encik Awang Bemee Awang Ali Basah.

Wednesday, December 3, 2008

Pertandingan Sulaman Anjuran Bersama K-Bestari Pelawan Dan Persatuan Cina Bahagian Sibu



Perasmian Pertandingan Sulaman oleh YBhg. Encik Daniel Ngieng.













Para peserta memberikan perhatian penuh untuk menyiapkan sulaman masing-masing.













Peserta dari Persatuan Cina sibu













Peserta dari pelajar sekolah menengah dengan pakaian tradisi kaum Iban

Penyertaan K-Bestari Pelawan Dalam Aktivi Jualan Amal Anjuran Sin Chew Jit Poh 23.11.2008




Gerai K-Bestari Pelawan











AJK K-Bestari bergambar bersama tetamu kehormat.










Melayani pelanggan di gerai K-Bestari Pelawan

Tuesday, December 2, 2008

Malam Mesra Perayaan Tung Chieh, Krismas dan Tahun baru 2008 Anjuran Bersama K-Bestari Pelawan Dan Pertubuhan KRT Teku Serta Kelab Lion Sibu



Penyampaian cenderamata kepada Pengarah Penerangan Negeri, Encik Resat Salleh oleh Pengerusi K-Bestari Pelawan













Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Membuat Kuih Pulut.









Barisan Santa Klaus yang terdiri dari tetamu kehormat.












Upacara perasmian pertandingan membuat kuih pulut oleh tetamu kehormat yang diketuai oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, En. Daniel Ngieng.

Malam Mesra tahun Baru Cina 2008 Anjuran Bersama K-Bestari Pelawan, Kelab Lian Sibu Dan Persatuan Sheng Zhi Chen



Upacara perasmian tarian singa













Barisan pemukul gendang oleh peserta semasa persembahan tarian singa.











Penyerahan sijil penghargaan kepada Ketua Pasukan tarian singa oleh Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Encik Resat Bin Salleh.

Pentas Kebudayaan Kaum Cina Anjuran Bersama K-Bestari Pelawan Dan Persatuan Cina Sibu Sempena BCF 2008


Upacara perasmian pentas kebudayaan oleh Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh bersama barisan tetamu kehormat lain.










Yang Berhormat memukul gendang bagi menandakan pemulaan persembahan pentas.